Thursday, July 12, 2012

Resepi Ikan Siakap Kukus

tetibe hari khamis bagi resepi..kih3
slalu kite bagi resepi hari sabtu jer...
saje nak buat korang terliur time keje..
manalah tahukan.. ada yang tgh puasa..
so nak bagi cadangan pada korang nak masak apa buka nanti..
pic credited to potret kasih.
jom kite bagi resepi..

Bahan2nya
1.2 kg ikan siakap yang telah dibersihkan

Sos (untuk kukus)
100 gm kicap cair
30 gm serbuk perisa ayam
15 gm sos tiram
12 gm sos pati ikan
36 gm gula batu
600 gm air
1 tangkai daun sup
(masak kesemua bahan ini di dalam satu periuk)

Sayur hiasan
40 gm daun sup
daun bawang
1 biji cili merah
20 gm lobak merah
20 gm cendawan hitam
(semua bahan di potong memanjang)

Cara2nya
1. letakkan ikan diatas pinggan (saiz yg sesuai dgn ikan)
2. kemudian tuangkan sos diatas ikan itu, masukkan sebahagian bahan hiasan kecuali daun sup
3. kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak dengan sempurna
4. akhir sekali, masukkan semua bahan hiasan termasuk daun sup
5. ikan siakap kukus, sedia untuk dihidangkan

selamat menjamu selera..
kot la tetiba ada yang nak guna resepi ni untuk masak buka karang..kih3

resepi dari BH oleh Sunway Resort & Spa.
pis2 kacang pis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...